Powered By Blogger

Senin, 09 Agustus 2010

Harry Potter and the Order of the Phoenix


Harry memasuki tahun kelimanya di Hogwarts,namun kebanyakan komuniti sihir menyisihkan Harry dan guru besarnya, Albus Dumbledore yang telah mengatakan bahawa kuasa jahat sihir, Voldemort telah kembali selepas 14 tahun dan telah memperoleh semula tubuh dan kuasanya. Namun, pihak seperti akhbar Daily Prophet dan menteri sihir sendiri, Cornelius Fudge, mengatakan bahawa Harry dan Albus sengaja mempropagandakan cerita tersebut. Fudge melantik seorang guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam yang baru iaitu Dolores Umbridge, yang telah amat bersedia untuk mengambil alih jawatan Albus Dumbledore sebagai pengetua Hogwarts dengan sokongan penuh Kementerian Sihir. Walau bagaimanapun, Harry dan kawan-kawannya seperti Ronald Weasley dan Hermione Granger amat tidak menyukainya kerana dia enggan untuk berbincang bersama mereka mengenai kepulangan Voldemort adn juga kerana tidak mengajar mereka sepenuhya subjek praktikal Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Disebabkan itu, mereka telah menubuhkan Tentera Dumbledore, sebuah persatuan rahsia untuk menpersediakan Harry dan 28 lagi orang kawan-kawan sekolahnya untuk menentang Voldemort dan Death Eaternya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar